PRN Negeri Sembilan: BN letak calon di 25 kerusi

PRN Negeri Sembilan: BN letak calon di 25 kerusi

AHMAD Zahid Hamidi dan Mohamad hadir pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN PRN Negeri Sembilan di Paroi, Seremban malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) meletakkan calon mereka di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada keseluruhan 36 kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan bermula Sabtu ini.

Daripada 25 kerusi itu, 16 ditandingi oleh calon dari UMNO, tujuh dari MCA dan dua calon lagi dari MIC.

Pengumuman calon BN itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN PRN Negeri Sembilan di Paroi di sini malam ini.

Yang hadir sama, Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Mohamad dalam pada itu berkata, BN akan memasuki gelanggang PRN kali ini bersama persefahaman dengan pihak yang menurutnya sebagai ‘rakan’ yang boleh dipercayai.

Berdasarkan pengumuman malam ini, terdapat sebanyak 11 kerusi yang tidak ditandingi oleh BN iaitu, Klawang, Serting, Lobak, Sikamat, Ampangan, Bukit Kepayang, Mambau, Paroi, Lukut, Bagan Pinang dan Gemas.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN