Kucing pun dapat PhD

Kucing pun dapat PhD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CASTLETON: Kampus Castleton di Vermont State University menganugerahkan ijazah kehormat (PhD) ‘doctor of litter-ature’ (doktor sampah) kepada seekor kucing bernama Max. 

‘Doctor of Litter-ature’ adalah gabungan dari gelaran ‘Doctor of Literature’. Ia adalah lelucon bagi merujuk seseorang yang mempunyai minat untuk membersihkan sampah atau membuat khidmat masyarakat. 

Anugerah itu bakal diberikan kepada Max yang sangat disayangi oleh komuniti setempat semasa sesi pengijazah pelajar, pada Sabtu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Kucing itu dihormati bukan kerana gemar menangkap tikus atau suka tidur pada waktu siang, namun kerana sikap ramahnya mencuit hati pelajar sekeliling. 

“Max sudah menjadi ahi keluarga Castleton yang sangat disayangi selama bertahun-tahun,” kata kampus itu dalam Facebook. 

Si bulus itu tinggal di sebuah rumah bersama penjaganya di sebatang jalan yang menghala ke pintu masuk utama kampus. 

Pemiliknya, Ashley Dow berkata, Max akan pergi ke kampus dan bergaul dengan pelajar setiap hari sehingga membuatkan dirinya disayangi. 

“Max bersosial di kampus selama hampir empat tahun dan pelajar sangat teruja dapat berjumpa dengannya setiap hari. 

“Malah, ada yang suka berswafoto dengan Max,” katanya. -AP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini