Korea Utara hantar belon sampah ke Korea Selatan

Korea Utara hantar belon ‘sampah’ ke Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara menjatuhkan sebanyak 150 belon yang berisi sampah-sarap di lapan wilayah di Korea Selatan.

Situasi itu menyebabkan pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduknya supaya tinggal di dalam rumah masing-masing.

Tentera Korea Selatan juga memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyentuh belon putih dan beg plastik yang mengandungi sisa kotor dan sampah.

Belon itu kini sedang dianalisis oleh pihak tentera bagi menyiasat sama ada terdapat sebarang risalah propaganda Korea Utara di dalam belon itu.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas Korea Utara memaklumkan akan bertindak balas terhadap ‘penyebaran risalah dan sampah lain’ di kawasan sempadan oleh aktivis di Korea Selatan.

Semalam, penduduk yang tinggal di utara ibu negara Seoul dan wilayah sempadan menerima teks mesej daripada pihak berkuasa wilayah yang meminta mereka tidak melakukan sebarang aktiviti luar.

Penduduk juga diminta membuat laporan di pangkalan tentera atau balai polis terdekat jika terlihat ‘objek tidak dikenali’.

Gambar yang dikongsikan dalam media sosial menunjukkan beg yang dilekatkan melalui tali pada belon berwarna lutsinar putih membawa kertas tandas, tanah gelap dan bateri.

Korea Utara dan Korea Selatan menggunakan belon dalam kempen propaganda sejak Perang Korea pada 1950an. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya