Korea Selatan haramkan lagu hits TikTok, idolakan Kim Jong Un

Korea Selatan haramkan lagu hits idolakan Kim Jong Un di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan akan mengharamkan lagu propaganda Korea Utara tular yang memuji diktator Pyongyang, Kim Jong Un sebagai ‘bapa yang mesra’ dan ‘pemimpin hebat’.

Lapor BBC, pengawal selia media Seoul berkata, video muzik itu yang menjadi popular dalam TikTok sejak dikeluarkan April lalu, adalah jelas melanggar Akta Keselamatan Negara itu.

“[Lagu itu] mengidolakan Kim Jong Un dan memuji serta memuliakannya,” kata Suruhanjaya Piawaian Komunikasi Korea Selatan dalam kenyataan, semalam.

Akta Keselamatan menyekat akses laman web dan media kerajaan Korea Utara dan menghukum tingkah laku serta ucapan yang memihak kepada rejim itu.

Suruhanjaya itu berkata, sebanyak 29 versi video muzik Friendly Father akan disekat, namun, tidak menjelaskan bagaimana proses itu akan dilakukan.

Keputusan itu didorong oleh permintaan daripada Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan Korea Selatan.

“Video itu adalah kandungan tipikal yang dikaitkan dengan peperangan psikologi menentang Korea Selatan kerana ia disiarkan pada saluran yang dikendalikan untuk berhubung dengan dunia luar dan tertumpu terutamanya kepada mengidolakan dan memuliakan Jong Un secara unilateral,” kata pengawal selia itu.

Friendly Father adalah video muzik baharu dalam barisan lagu pop mesin propaganda Pyongyang yang dihasilkan sejak 50 tahun lalu.

Jong Un digambarkan sebagai ‘bapa’ dan ‘Yang Agung’ iaitu istilah yang sebelum ini dikhaskan untuk pemimpin pertama Korea Utara, yang merupakan datuknya, Kim II Sung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya