Indonesia ganti vaksin import Covid, vaksin sendiri lebih selamat

Indonesia ganti vaksin import Covid-19, yakin vaksin sendiri lebih selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia menggantikan vaksin-vaksin Covid-19 yang diimport dengan vaksin yang dihasilkan sendiri kerana percaya vaksin keluaran negara itu mempunyai risiko kesan sampingan lebih rendah.

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, vaksin Covid-19 masih diperlukan di Indonesia, khususnya demi melindungi individu yang berpenyakit dan mempunyai rancangan untuk melancong.

Meskipun Indonesia sudah beralih daripada status pandemik kepada endemik Covid-19, beliau akur virus SARS-CoV-2 kekal sebagai satu keprihatinan kesihatan sejagat.

Beliau mengulas mengenai vaksin AstraZeneca yang dilaporkan menyebabkan trombosis atau darah beku.

Dalam pada itu, Budi berkata, pihak kerajaan sudah menasihati mereka yang dijadualkan menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar mendapatkan satu lagi dos vaksin Covid-19.

“Kami ingin mengingatkan bakal jemaah haji bahawa Covid-19 masih berlegar-legar (di luar sana). Namun, terpulang jika mereka ingin mendapatkan vaksin kerana kita sudah beralih dari pandemik kepada endemik,” katanya.

Beliau juga merayu kepada golongan berpenyakit agar melindungi diri daripada virus dengan mendapatkan satu lagi dos vaksin.

“Anda boleh sekali lagi menjalani vaksinasi. Jangan lupa untuk menggunakan vaksin domestik,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Indonesia sudah menggantikan vaksin Covid-19 yang diperoleh dari luar negara, dengan vaksin keluaran tempatan termasuk vaksin IndoVac yang dihasilkan Bio Farma milik negara di Bandung, sejak 2022.

Selain itu, Indonesia sedang menghasilkan vaksin InaVac. Ia merupakan keluaran Universiti Airlangga dan PT BiotisPharmaceutical Indonesia di daerah Bogor, Jawa Barat. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya