Hubungan Malaysia, Singapura kekal erat - Utusan Malaysia

Hubungan Malaysia, Singapura kekal erat

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memulakan hari kedua lawatan negara ke Singapura dengan santapan sarapan pagi Lawrence Wong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Jalinan hubungan antara Singapura dengan Malaysia amat mendalam dikuatkan lagi dengan sejarah yang dikongsi bersama serta ikatan kekeluargaan dan kebudayaan, lapor Berita.mediacorp.

Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong menerusi catatan dalam Facebook berkata, beliau akan terus memberi perhatian dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Hubungan dua hala kita (Singapura) dengan Malaysia sangat utuh. Tahun ini, kita meraikan ulang tahun ke-100 Koswe dan tahun depan kita akan menyambut ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik dengan Malaysia.

“Saya yakin lawatan Sultan Ibrahim hari ini adalah permulaan kepada hubungan lebih erat antara Singapura dengan Malaysia.

“Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran Sultan Ibrahim bersama kami,” katanya semasa menerima kunjungan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke Parlimen Singapura, hari ini.

Lawrence bakal mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu pada 15 Mei ini selepas persaraan Lee Hsien Loong.

Turut hadir ke majlis itu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Luar Singapura, Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Singapura, Datuk Dr. Azfar Mohamad Mustafar.

Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Singapura semalam bagi mengadakan lawatan negara selama dua hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya