Polis dedah lakaran fotofit suspek kes simbah asid Faisal Halim

Polis dedah lakaran fotofit suspek kes simbah asid Faisal Halim

LAKARAN fotofit suspek simbah asid kes Faisal Halim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mendedahkan lakaran fotofit suspek kes simbah asid membabitkan tonggak utama pasukan bola sepak Harimau Malaya, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, berdasarkan lakaran itu, suspek beranggaran umur 30 tahun dengan kulit sawo matang.

Kata beliau, suspek juga mempunyai susuk badan sederhana dengan ketinggian 165 sentimeter.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit tersebut diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat Unit Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan atau Undang-Undang (D5) Bukit Aman, Inspektor M. Jagachandran di talian 012-684 8166 atau 03-2266 6071.

“Mereka juga boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu PDRM dalam mengesan suspek,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, maklumat itu diperlukan bagi siasatan lanjut berkaitan kes simbah asid melibatkan Faisal dilakukan.

Pada 11 Mei lalu, polis dalam proses menghasilkan lakaran fotofit suspek kes simbah asid membabitkan tonggak utama Harimau Malaya itu.

Proses berkenaan akan dimulakan dengan bantuan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya