Hospital bersalin di Rafah tak mampu terima pesakit

Hospital bersalin di Rafah tak mampu terima pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAFAH: Hospital bersalin di selatan Gaza, Rafah terpaksa berhenti menerima kemasukan pesakit baharu akibat penuh sesak.

Perkembagan itu dimaklumkan oleh Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFA) kerana Emirati Maternity Hospital sudah mengendalikan 85 daripada 180 kelahiran setiap hari sejak bandar itu diserang Israel.

Separuh daripada 2.3 juta penduduk bersesak di Rafah selepas berpindah dari kawasan lain semasa serangan rejim Zionis.

Hospital itu hanya mempunyai lima katil bersalin, namun disebabkan kebanjiran penduduk Palestin ke bandar itu menyeyabkan ia menjadi hospital utama bagi golongan wanita melahirkan anak.

Kemudahan di bandar lain seperti Hospital Abu Youssef al-Najjar mengalami kerosakan akibat serangan Israel dan wanita diarahkan bersalin di Emirati.

“Rakan kongsi kemanusiaan dengan penyelarasan Kementerian Kesihatan menubuhkan kemudahan kesihatan alternatif yang boleh menyediakan tahap penjagaan yang berbeza,” kata UNFA kepada Reuters.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya