TEHRAN: Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS), Pirhossein Koolivand berkata helikopter yang dinaiki Presiden, Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Hossein Amirabdollahian sudah ditemukan, namun dalam keadaan ‘tidak baik’, lapor AFP.
“Helikopter itu ditemukan. Sekarang, kami bergerak ke arah helikopter itu,” menurut Koolivand ambil menambah bahawa keadaan helikopter itu ‘tidak baik’.”
Insiden helikopter terhempas tersebut berlaku semalam di hutan Dizmar antara bandar Varzaqan dan Jolfa di wilayah Azarbaijan Timur ketika Raisi pulang dari acara untuk merasmikan empangan dengan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.
Lebih daripada 20 pasukan mencari dan menyelamat yang serba lengkap, termasuk dron dan anjing pengesan, dihantar ke kawasan itu.
Angkatan Tentera Iran juga mengerahkan unit komando dan Pasukan Khas untuk membantu dalam operasi mencari.
Dalam pada itu, Russia menawarkan pertolongan berupa dua buah pesawat canggih dengan helikopter khas di hantar ke tempat nahas dengan 50 penyelamat gunung profesional.
Malah, negara-negara jiran turut dilaporkan menawarkan bantuan kepada kerajaan Iran.
Ibu Pejabat IRCS mengumumkan bahawa pasukan penyelamatnya berpindah ke dua titik panas yang dikenal pasti oleh dron Turkiye.
“Pasukan IRCS sedang bergerak ke arah kemungkinan tempat pendaratan helikopter itu”, katanya selepas kenderaan udara tanpa pemandu altitud tinggi tahan lama Turkiye bernama Akinji mengesan titik panas yang mungkin milik tempat helikopter itu terhempas.
Seorang komander Kor Pengawal Revolusi Iran mengesahkan pengesanan sumber haba itu dipercayai serpihan helikopter itu.
Pengumuman juga dibuat oleh sumber lapangan bahawa koordinat geografi tepat helikopter yang membawa Raisi ditentukan oleh pemantauan udara di wilayah itu.
Walaupun keadaan cuaca buruk, penyelamat berusaha sepanjang masa untuk mencari tapak helikopter yang hilang yang membawa Presiden Iran dan delegasinya di bahagian barat laut negara itu.
Pasukan penyelamat termasuk angkatan tentera, meredah kawasan berbatu dan kawasan berbukit berhampiran bandar Varzaqan di wilayah Azarbaijan Timur walaupun cuaca berkabus dan hujan.
Terdahulu, IRCS berkata ia menghantar lebih banyak kumpulan untuk membantu mengesan nahas itu.
“46 pasukan respons pantas dan penyelamat dari wilayah Azarbaijan Timur, Tehran, Alborz, Ardabil, Zanjan dan Azarbaijan Barat dikerah untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelama,” kata persatuan itu.
Raisi kembali bersama Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa yang lain dari upacara merasmikan empangan di sempadan Iran dengan Republik Azerbaijan, apabila helikopternya terhempas sebaik mendarat di wilayah Varzaqan pada Ahad.










