Enam sekolah di Gujarat terima ancaman bom - Utusan Malaysia

Enam sekolah di Gujarat terima ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUJARAT: Enam sekolah di Ahmedabad, Gujarat menerima kiriman emel ancaman bom beberapa hari selepas sekolah di New Delhi mendapat ugutan sama.

Berdasarkan laporan awal, sekurang-kurangnya enam sekolah di bandar terbesar di Gujarat itu menerima ancaman tersebut, lapor Hindustan Times.

Susulan itu, pasukan cegah jenayah dan unit pemusnah bom tiba di sekolah berkenaan bagi menjalankan siasatan.

Ketua Unit Jenayah Siber, Lavina Sinha berkata, domain emel yang diterima didapati berada di luar India.

“Beberapa sekolah di Ahmedabad menerima ancaman emel mengenai letupan bom.

“Sekatat ini, enam sekolah menerima emel berkenaan dan sudah memaklumkan kepada pihak polis.

“Situasi ini juga sama dengan ancaman bom yang diterima oleh pihak sekolah di Delhi beberapa hari lalu,” katanya.

Awal bulan lalu, hampir 200 sekolah menerima emel palsu yang bertujuan mencetuskan situasi panik dan kacau ganggu dalam negeri ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya