35 wanita, kanak-kanak Palestin maut, Israel bom kem pelarian

35 wanita, kanak-kanak Palestin maut, Israel bom kem pelarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel bertindak kejam dengan mengebom khemah pelarian yang menempatkan pelarian Palestin di lokasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat di Rafah.

Serangan yang mencetuskan kebakaran itu menyebabkan 35 mangsa yang kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak terkorban, lapor Al Jazeera.

Serangan di kem pelarian Tal as-Sultan dilancarkan dalam tempoh 24 jam selepas tentera Israel mengebom khemah pelarian di Jabalia, Nuseirat dan bandar Gaza sehingga menyebabkan 160 orang maut.

Tentera Israel mengesahkan serangan itu dengan alasan menyasarkan pejuang Hamas menggunakan ‘senjata tepat’.

Rejim Zionis turut mengaku serangan itu menyebabkan orang awam cedera akibat kebakaran.

Sejak serangan tentera Israel tercetus 7 Oktober lalu, seramai 35,984 rakyat Palestin terbunuh dan 80,643 cedera.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya