Bentuk Piramid Anlong cetus teori konspirasi - Utusan Malaysia

Bentuk Piramid Anlong cetus teori konspirasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUIZHOU: Daerah Anlong menjadi destinasi pelancongan popular kerana dilatari kawasan pergunungan seperti piramid yang menarik kunjungan jutaan pelancong di seluruh dunia. 

Selain daripada bentuk seperti piramid, formasi ini juga menampilkan lapisan batu yang disusun antara satu sama lain dengan begitu kemas seperti disusun oleh seseorang. 

Sejak gambar dan video Piramid Anlong dimuat naik dalam media sosial pada 2018, timbul teori konspirasi mengenai asal-usulnya. 

Pakar berusaha meyakinkan piramid ini adalah semulajadi walaupun segelintir orang masih percaya ia adalah hasil tamadun manusia purba atau makhluk asing. 

Prof. Zhou Qiuwen di Universiti Normal Guizhou berkata, piramid itu adalah contoh tipikal rupa paras bumi kars dengan sejarah sekitar 200 juta tahun lalu.

Kars umumnya adalah landskap terhasil daripada proses perlarutan batu kapur. 

“Ketika daerah itu masih mempunyai laut yang cetek, mineral mula larut dalam air dan mengkristal semula sebagai dolomit iaiut komponen utama piramid. 

“Disebabkan oleh perubahan iklim, struktur geologi dan faktor-faktor lain seperti lapisan batuan yang disusun jelas berebza,” katanya lapor Oddity Central. 

Qiuwen menjelaskan struktur batu seperti bongkah yang banyak dianggap sebagai bukti campur tangan manusia atau makhluk asing adalah hasil daripada proses geologi. 

Katanya, retak-retak kecil di dalam batuan membolehkan air menghakisnya secara perlahan-lahan yang mewujudkan pembentukan seperti bongkah bersegmen. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya