Bapa suspek juga JI

Balai polis diserang: Bapa suspek juga ahli JI

ALLAHYARHAM AHMAD AZZA FAHMI AZHAR dan MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan tujuh individu termasuk bapa kepada suspek utama dalam serangan maut di Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan itu dibuat melibatkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 22 serta 21 tahun yang membuat laporan polis sebelum kejadian pada pukul 2.30 pagi.

Menurut beliau, bapa suspek yang berusia 61 tahun juga dipercayai adalah ahli kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

“Selepas kejadian itu berlaku, polis telah melakukan serbuan ke kediaman suspek yang terletak di kawasan Ulu Tiram pada kira-kira pukul 6 pagi.

“Lima lagi ahli keluarga suspek yang berusia antara 19 dan 62 tahun diberkas bagi membantu siasatan berhubung kejadian ini,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Ulu Tiram, di sini hari ini.

Tambah Razarudin, polis turut merampas pelbagai risalah berkaitan dengan kumpulan Jemaah Islamiyah ketika menggeledah rumah suspek.

Tambahnya, suspek berusia 21 tahun itu dipercayai telah melakukan persediaan rapi bagi menjalankan serangan berkenaan.

“Ketika kejadian, suspek yang menunggang motosikal turut membawa sebuah yang beg yang diubahsuai sebagai perisai dengan meletakkan zink, kertas dan baju di dalamnya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya