Banjir besar di Brazil ragut 100 nyawa - Utusan Malaysia

Banjir besar di Brazil ragut 100 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTO ALEGRE: Jumlah kematian akibat hujan lebat yang melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil, meningkat 100 orang, sejak semalam.

Bencana itu menyebabkan 400 majlis perbandaran terjejas, dengan ratusan penduduk cedera dan 160,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Banjir itu direkodkan sebagai bencana paling buruk dalam sejarah di Brazil, sehingga menyebabkan penduduk tidak mempunyai akses bekalan elektrik dan minuman.

Bekalan internet dan telefon juga terputus di kebanyakan tempat akibat gangguan cuaca buruk itu.

Isnin lalu, Gabenor Negeri, Eduardo Leite memberi amaran mengenai jumlah korban yang akan meningkat kerana situasi semakin meruncing di Porto Alegre dan bandar-bandar lain.

Kira-kira 15,000 tentera, bomba, polis dan sukarelawan dikerahkan dengan menaiki bot dan jet ski bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap dan membawa bantuan.

Pihak berkuasa turut menggesa orang ramai supaya tidak kembali ke kawasan terjejas susulan risiko berlaku tanah runtuh dan membahayakan kesihatan mereka.

Jurucakap Pertahanan Awam, Sabrina Ribas memberi amaran mengenai air tercemar yang boleh membawa penyakit.

“Ramai penduduk enggan meninggalkan rumah mereka selepas laporan mengenai kediaman dirompak sekaligus menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan,” katanya.

Untuk rekod, ini adalah bencana kali keempat dalam tempoh setahun selepas banjir berlaku pada Julai, September dan November tahun lalu yang mengorbankan 75 mangsa.

Perkhidmatan Geologi Brazil memaklumkan banjir yang berlaku di negeri itu mengatasi rekod terburuk pada 1941, kerana beberapa paras air di beberapa bandar menyaksikan rekod tertinggi sejak 150 tahun lalu.

Minggu lalu, sebahagian empangan hidroelektrik antara bandar Bento Goncalves dan Cotipora runtuh dan seluruh bandar di Sungai Taquari seperti Lajeado dan Estrela digenangi air. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya