SINGAPURA: Kerajaan Singapura mengambil langkah keselamatan ketat termasuk yang berada di pusat pemeriksaan imigresen, sehari selepas serangan Jemaah Islamiah (JI) di balai polis Johor yang mengorbankan dua pegawai polis. Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura berkata, memandangkan situasi ancaman yang semakin memuncak dan polis Malaysia sedang mencari beberapa lagi anggota JI, pihaknya meningkatkan langkah keselamatan awal termasuk di pusat pemeriksaan imigresen. Langkah-langkah ini, katanya, termasuk meningkatkan rondaan dan meningkatkan pemeriksaan ke…