Tentera Israel serbu kem pelarian Nur Shams, lima maut

Tentera Israel serbu kem pelarian Nur Shams, lima maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel menyerbu kem pelarian Nur Shams di Tulkarem, Tebing Barat sehingga lima orang termasuk seorang remaja Palestin terbunuh. 

Serbuan itu turut menyebabkan seorang anggota sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin cedera ditembak di kaki ketika menjalankan tugas kemanusiaan di kem berkenaan. 

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menghalang ambulans memasuki kawasan itu bagi membawa mangsa ke hospital.

Agensi berita Wafa melaporkan sekurang-kurangnya 10 orang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak terbunuh semasa tentera Israel menyerang kediaman mereka di Rafah, selatan Gaza. 

Israel mengerahkan lebih ramai tentera ke kawasan bersebelahan Rafah dan memusnahkan tanah pertanian di kawasan timur daerah itu.

Sejak 7 Oktober tahun lalu, seramai 34,012 penduduk Palestin terbunuh dan 76,833 cedera selepas serangan Israel di Gaza. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya