Pertempuran pemberontak Myanmar dan junta lambat usaha

Pertempuran pemberontak Myanmar dan junta lambat usaha hantar pulang pelarian

BERPULUH-puluh pencari suaka dari Myanmar memprotes berhubung keadaan mereka yang tidak menentu di India sempena Hari Pelarian Sedunia pada 20 Jun tahun lalu. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IMPHAL: Pertempuran antara pasukan pemberontak Myanmar dan junta pemerintah melambatkan usaha India untuk menghantar pulang pelarian tanpa izin dari negara jirannya yang memasuki negeri sempadan timur laut Manipur.

Menurut pegawai keselamatan India, beribu-ribu orang awam dan ratusan tentera dari Myanmar melarikan diri ke India selepas rampasan kuasa tentera pada Februari 2021 terhadap kerajaan awam yang dipilih Aung San Suu Kyi.

Bulan lalu, pihak berkuasa di Manipur berkata, mereka akan menghantar pulang sekurang-kurangnya 77 pelarian yang masuk tanpa dokumen melalui bandar sempadan India Moreh selepas rampasan kuasa.

“Seramai 38 dibawa (dari Imphal) ke Moreh tetapi kami sedang menunggu komunikasi daripada pihak berkuasa Myanmar untuk membawa mereka kembali,” kata seorang pegawai kanan polis yang tidak mahu namanya disiarkan kerana perkara itu sensitif.

Jurucakap junta tidak segera menjawab panggilan telefon daripada Reuters untuk mendapatkan komen.

Kementerian Luar India dan pihak berkuasa negeri Manipur juga tidak segera membalas mesej meminta komen.

Kerajaan Perdana Menteri India, Narendra Modi menyalahkan kemasukan pelarian sebagai salah satu sebab keganasan yang melanda Manipur, membunuh sekurang-kurangnya 220 orang sejak pertempuran etnik tercetus pada Mei tahun lalu.

India berikrar untuk menamatkan dasar berdekad-dekad pergerakan bebas visa bagi mereka yang tinggal di sepanjang sempadan 1,650 kilometer yang akan dipagar.

Sekumpulan 77 pelarian akan dihantar pulang ke Myanmar secara berkelompok antara 8 dan 11 Mac, menurut dokumen kerajaan negeri Manipur bertarikh 5 Mac dan disahkan secara bebas oleh Reuters.

Walaupun 38 daripada mereka berjaya sampai ke Moreh pada 10 Mac lalu, namun, mereka terperangkap di sana sejak dalam tahanan India.

“Ini kerana kerajaan Myanmar tidak stabil terutama di kawasan Tamu,” kata seorang lagi pegawai kanan polis merujuk kepada sebuah wilayah di Myanmar.

Pelarian itu mungkin dipulangkan secara paksa jika Myanmar tidak mengambil mereka kembali, tambahnya. -REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN