Penulis Palestin dipenjarakan 20 tahun lalu di Israel menang

Penulis Palestin dipenjarakan 20 tahun lalu di Israel menang anugerah prestij

Buku Basim Khandaqji dipilih daripada 133 karya yang dihantar ke pertandingan itu. -GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Penulis Palestin, Basim Khandaqji yang dipenjarakan 20 tahun lalu di Israel berjaya memenangi hadiah berprestij untuk fiksyen Arab bagi novelnya bertajuk ‘A Mask, the Color of the Sky’.

Penganugerahan Hadiah Antarabangsa 2024 itu diumumkan pada satu majlis yang berlangsung di Abu Dhabi.

Hadiah itu bagaimanapun diterima bagi pihak Basim oleh Rana Idriss, pemilik Dar al-Adab, penerbit buku yang berpangkalan di Lebanon.

Basim dilahirkan di bandar Nablus, Tebing Barat yang diduduki Israel pada 1983 dan menulis cerpen sehingga penahanannya pada 2004 iaitu pada usia 21 tahun.

Dia disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas tuduhan berkaitan pengeboman maut di Tel Aviv dan menamatkan pendidikan universitinya dari dalam penjara melalui internet.

Topeng dalam tajuk novel itu merujuk kepada kad pengenalan biru Nur, seorang ahli arkeologi yang tinggal di kem pelarian di Ramallah, ditemukan dalam poket kot lama milik warga Israel.

Buku Basim dipilih daripada 133 karya yang dihantar ke pertandingan itu.

Nabil Suleiman, yang mempengerusikan juri pertandingan berkata, novel itu membedah realiti yang kompleks dan tentang perpecahan keluarga, perpindahan, pembunuhan beramai-ramai dan perkauman.

Sejak dipenjarakan, Basim menulis koleksi puisi termasuk ‘Ritual Pertama Kali’ dan ‘Nafas Puisi Nocturnal’.

Dia juga menulis tiga novel terdahulu. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN