Penguatkuasa Jabatan Perikanan disyaki terima rasuah

Penguatkuasa Jabatan Perikanan disyaki terima rasuah

SEORANG penguatkuasa Jabatan Perikanan Perlis dibawa keluar dari mahkamah selepas mendapat perintah tahanan reman atas dakwaan meminta dan menerima rasuah di Mahkamah Kangar, Perlis, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang penguatkuasa Jabatan Perikanan negeri ditahan reman empat hari sehingga 21 April ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada sebuah syarikat bot penangkapan ikan di Perlis, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap bot berkenaan.

Perintah reman berkenaan dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim, selepas suspek yang bertugas sebagai pembantu laut Gred A19 itu dibawa ke mahkamah di sini.

Sumber berkata, penahanan suspek berusia 44 tahun itu dilakukan hasil maklumat dan risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis terhadap kegiatan suspek.

“Suspek dipercayai meminta rasuah antara RM500 hingga RM800 setiap bulan antara Januari hingga Disember 2022 daripada seorang pengusaha sebuah syarikat bot penangkapan ikan sebagai sebagai dorongan supaya Jabatan Perikanan negeri ini tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh lima bot penangkapan ikan milik syarikat itu.

“Suspek dipercayai membocorkan maklumat mengenai operasi penguatkuasaan yang dilakukan oleh jabatannya serta agensi penguatkuasaan lain di sekitar perairan Perlis,” katanya.

Katanya, wang rasuah yang diminta itu kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank ‘orang tengah’ yang dipercayai akaun peribadi milik suspek.

“Suspek sudah berkhidmat dengan jabatan berkenaan lebih 10 tahun dan sudah berkahwin. Kita percaya wang rasuah yang diminta oleh suspek sepanjang tempoh itu adalah sebanyak RM4,800,” katanya.

(SPRM) Perlis di Kangar selepas diminta hadir untuk diambil keterangannya.

Sumber berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani mengesahkan penahanan suspek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN