Lif terbesar dunia di India, boleh muat 235 orang

Lif terbesar dunia di India, boleh muat 235 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Lif di bangunan Jio World Centre, Mumbai dinobatkan sebagai lif paling besar di dunia kerana mampu menampung 235 orang dalam satu-satu masa. 

Lif penumpang berkeluasan 25.78 meter persegi itu menyerupai saiz sebuah apartmen studio yang mempunyai pintu kaca empat panel, dinding kaca yang menyajikan pemandangan indah dan siling bertatah kristal. 

Walaupun ia hanya bergerak antara lima tingkat pada kelajuan satu meter sesaat, lif yang memecahkan rekod dunia itu turut dihias dengan dua sofa persis berada dalam kamar mewah.  

Pengarah Urusan Kone, Amit Gossain iaitu syarikat lif berkenaan memaklumkan kerja-kerja pemasangan lif bersaiz besar di dalam bangunan tersebut dilakukan sejak 2022. 

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan lif penumpang terbesar di dunia adalah dari Kone dan kini berada di India. 

“Pakar projek utama syarikat ini bekerjasama dengan pasukan di India untuk mereka bentuk dan menterjemahkan projek paling mencabar dan kompleks ini,” katanya lapor Oddity Central.  

Difahamkan, lif itu direka bagi memudahkan pengunjung yang ramai datang ke lokasi persidangan, pameran atau majlis perkahwinan supaya tidak perlu menunggu terlalu lama ketika menggunakan kemudahan berkenaan.  

Bagaimanapun, harga lif rekaan khas itu tidak didedahkan, tetapi ia dikendalikan oleh perusahaan sektor swasta terbesar di India, Reliance Industries. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya