NEW YORK: Beratus-ratus pegawai polis menyerbu Universiti Columbia di New York City untuk menyuraikan penunjuk perasaan pro-Palestin yang mengambil alih sebuah bangunan di kampus tersebut.
Rakaman dramatik menunjukkan polis menaiki tangga memasuki Dewan Hamilton untuk mengeluarkan pelajar dengan 50 tangkapan turut dibuat.
Universiti itu sebelum ini memberitahu pelajar untuk keluar dari dewan tersebut atau berdepan risiko dibuang.
Penunjuk perasaan mahu universiti itu melepaskan diri daripada cengkaman Israel kerana operasi ketenteraan maut yang berterusan di Semenanjung Gaza.
Pegawai Jabatan Polis New York (NYPD) diberi kuasa untuk memasuki dewan oleh pihak universiti, selepas penunjuk perasaan melanggar tarikh akhir untuk bersurai.
Seorang pelajar memberitahu BBC sekitar 80 hingga 100 polis menyerbu bangunan itu.
Beberapa pelajar mendakwa polis anti rusuhan mengendalikan penunjuk perasaan ketika mereka menyerbu bangunan itu, dengan tiga orang ditolak menuruni tangga oleh pegawai NYPD.
Wartawan BBC, Nomia Iqbal melaporkan beberapa bas NYPD dilihat meninggalkan tempat kejadian bersama penunjuk perasaan yang ditahan.
NYPD mengesahkan bangunan itu sudah dikosongkan dan tiada kecederaan dilaporkan.










