Hamas, Fatah adakan perbincangan di China - Utusan Malaysia

Hamas, Fatah adakan perbincangan di China

LIN JIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pejuang Hamas dan Fatah bersepakat dan menzahirkan iltizam politik untuk mencari titik perdamaian melalui sesi dialog dan perundingan di China.

Perkembangan itu diumumkan oleh Jurucakap Kementerian Luar, Lin Jian mengenai hasrat kedua-dua pihak yang bertujuan mencapai perpaduan lebih awal.

“Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin dan Perwakilan Kumpulan Penentangan Islam tiba di Bejing beberapa hari lalu untuk sesi dialog yang lebih mendalam dan berterus terang.

“Kedua-dua pihak amat menghargai sokongan padu China bagi tujuan mengembalikan hak rakyat Palestin yang sah,” katanya lapor Reuters.

Jian berkata, kedua-dua pihak berterima kasih kepada Beijing terhadap usaha untuk mempromosikan perpaduan dalaman di Palestin serta mencapai persetujuan mengenai sesi dialog seterusnya.

Hamas menguasai Semenanjung Gaza pada 2007, manakala, Fatah pula mentadbir Tebing Barat melalui Pihak Berkuasa Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya