Filipina tangguh kelas bersemuka ekoran cuaca panas, mogok

Filipina tangguh kelas bersemuka ekoran cuaca panas, mogok pemandu jipney

CUACA panas dan mogok dalam kalangan pemandu Jipney menggesa Jabatan Pendidikan Filipina menangguhkan kelas bersemuka selama dua hari. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Filipina akan menangguhkan kelas secara bersemuka di semua sekolah awam selama dua hari kerana cuaca panas melampau dan berlaku mogok pemandu jipney di seluruh negara.

Jabatan Pendidikan Filipina memberitahu, kelas bagaimanapun akan dilaksanakan secara maya atau jarak jauh.

“Memandangkan ramalan indeks haba terkini dan pengumuman mogok pengangkutan di seluruh negara, semua sekolah awam di seluruh negara hendaklah melaksanakan kelas pembelajaran jarak jauh pada 29 dan 30 April ini,” kata jabatan itu di Facebook.

Cuaca panas luar biasa melanda Filipina selama berminggu-minggu, mendorong beribu-ribu sekolah beralih kepada pembelajaran jarak jauh.

Jabatan itu menyelia lebih daripada 47,000 sekolah di seluruh negara kepulauan.

Banyak sekolah tidak mempunyai penghawa dingin menyebabkan pelajar kepanasan dalam bilik darjah yang sesak dan mempunyai pengudaraan yang buruk.

Beberapa pemandu jipney juga bercadang untuk mengadakan mogok selama tiga hari di seluruh negara bermula Isnin lalu bagi membantah rancangan kerajaan untuk menghapuskan kenderaan yang digunakan oleh ramai warga Filipina untuk berulang-alik ke tempat kerja dan sekolah. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN