SEPANG: Kesemua 169 terminal bas di Semenanjung sama ada di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau swasta diwajibkan mempunyai lesen terminal Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk beroperasi. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keperluan lesen berkenaan bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik. “Kebanyakan terminal tersebut dikendalikan PBT tetapi trend sekarang ini banyak juga terminal-terminal dikendalikan pihak swasta…










