Taufan Siklon Gamane landa Madagascar - Utusan Malaysia

Taufan Siklon Gamane landa Madagascar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTANANARIVO: Sekurang-kurangnya 18 penduduk maut dan 7,000 yang lain kehilangan tempat tinggal selepas taufan tropika melanda Pulau Madagascar, sejak Rabu lalu.  

Agensi Pengurusan Bencana Madagascar memaklumkan Siklon Tropika Gamane melintas laut Madagascar dengan angin kencang berkelajuan 150 kilometer sejam, lapor The Guardian. 

Siklon Gamane yang tidak dijangka berlaku merupakan taufan kali pertama menyerang tahun ini di kepulauan itu. 

Bencana turut menyebabkan ratusan rumah musnah, jambatan runtuh dan kerosakan jalan raya di beberapa kawasan di utara Madagascar.

Penduduk terpaksa berpindah ke penempatan sementara selepas kebanyakan rumah, pejabat awam dan swasta dinaiki air. 

Awal tahun lalu, taufan Freddy dan ribut tropika Cheneso meragut 37 nyawa dan ribuan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya