Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah tukar pengakuan - Utusan Malaysia

Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah tukar pengakuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah swasta yang sebelum ini membuat mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki di pusat pemulihan itu, hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban.

Kedua-dua mereka iaitu M. Jason Jai Ganesh, 48, dan Kelvin Raymond, 26, mengubah pengakuan berkenaan ketika sebutan semula kes di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mahkamah pada prosiding bulan lalu telah menetapkan tarikh hari ini untuk serahan laporan perubatan dan hukuman.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya secara bersama didakwa sengaja menyebabkan cedera parah kepada mangsa berusia 38 tahun menggunakan paip polyvinyl chloride (PVC) di pejabat pengurusan pusat pemulihan di Lenggeng, Nilai dekat sini kira-kira 11 pagi, 19 Mac lepas.

Oleh itu, kedua-duanya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan penjara 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A. Aziz dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Patrick Samuel Sebastian.

Patrick dalam rayuannya memohon wang jaminan yang rendah buat kedua-dua tertuduh memandangkan mereka berasal dari keluarga yang miskin, selain mempunyai tanggungan keluarga.

Kedua-duanya juga menurut Patrick sudah berada di penjara dari tarikh ditangkap Mac lalu.

Meor Sulaiman kemudiannya kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin, kes disebut semula pada 21 Jun ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN