Sokong Israel, kerajaan digesa sekat Choi Siwon masuk Malaysia - Utusan Malaysia

Sokong Israel, kerajaan digesa sekat Choi Siwon masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pempengaruh media sosial, Nur Dini Khairul Anuar menggesa Kerajaan Malaysia untuk menyekat ahli kumpulan Super Junior, Choi Siwon datang ke Malaysia. 

Gesaan itu dibuat berikutan penyanyi Korea Selatan itu telah menyuarakan sokongan terhadap Zionis Israel. 

“Saya berharap kerajaan Malaysia dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap kedatangan Choi Siwon ke Malaysia. 

“Sebagai rakyat Malaysia yang menentang sebarang penindasan terhadap rakyat Palestin, saya dan rakyat Malaysia yang lain amat bimbang dengan kedatangan dia ke negara kita,” katanya. 

Terdahulu, penyanyi berusia 38 tahun itu pernah mencetuskan kemarahan peminatnya apabila dia memuat naik sokongannya terhadap Zionis Israel. 

Menerusi perkongsian di X, Choi Siwon telah memuat naik gambarnya yang menghadiri Hari Diplomatik antara Israel dan Korea. 

“Hari yang Istimewa. Jemputan yang bermakna,” tulisnya. 

Super Junior akan mengadakan konsert di Malaysia iaitu Jelajah Asia ‘2024 Super Junior’ (Super Show Spin Off). 

Konsert itu dijadualkan akan berlangsung pada Ogos ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN