Suffolk dapat dana RM43 juta bina stesen cas EV

Suffolk dapat dana RM43 juta bina stesen cas EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Majlis Daerah Suffolk menerima dana kerajaan berjumlah 7.3 juta pound sterling (RM43 juta) bagi membangunkan rangkaian tempat pengecas kenderaan elektrik (EV) di kawasan berkenaan. 

Timbalan Ketua Majlis dan ahli Kabinet Kewangan dan Alam Sekitar, Richard Rout berkata, pembiayaan itu membolehkan pihaknya memainkan peranan bagi memenuhi permintaan  pengguna kenderaan EV. 

“Dana ini dapat digunakan bagi menyediakan tempat pengecas di tepi jalan, tempat letak kereta serta hab pengecasan komuniti. 

“Walaupun tidak semua jalan bersesuaian, penduduk masih boleh mencalonkan nama jalan mereka untuk dipertimbangkan menerusi borang dalam talian,” katanya lapor BBC. 

Daripada jumlah itu, pihak majlis mengesahkan akan menerima 5.9 juta pound sterling (RM35 juta), serta tambahan 1.4 juta pound sterling (RM8.4 juta) bagi membangunkan infrastruktur EV sedia ada di daerah itu. 

Peruntukan itu adalah sebahagian daripada dana 185 juta pound sterling (RM1 bilion) yang diperuntukkan kepada majlis daerah menerusi dana Infrastruktur Kenderaan Elektrik Tempatan. 

Baru-baru ini, laporan mencadangkan keperluan 2,000 pengecas standard dan 40 hingga 60 stesen pengecas di Suffolk, menjelang 2030, bagi mengurangkan penggunaan petrol dan diesel. 

Langkah itu secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti udara di Suffolk dan membolehkan penduduk menjalani kehidupan lebih sihat serta mengurangkan kesan perubahan iklim seperti banjir dan ribut.

Tekad menggalakkan peralihan penggunaan kenderaan EV bagaimanapun, tidak menghalang usaha menggalakkan penduduk berjalan kaki, berbasikal dan menggunakan pengangkutan awam. 

Pihak majlis juga menyasarkan menjadi bandar sifar bersih menjelang 2030.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya