MOSCOW: Russia menurunkan bendera separuh tiang semalam sebagai hari berkabung berikutan 137 rakyatnya maut ditembak secara rambang di Dewan Bandaraya Crocus yang diadakan berhampiran Moscow, Jumaat lalu.
Presidennya, Vladimir Putin mengisytiharkan hari berkabung kebangsaan selepas berikrar untuk menjejaki dan menghukum semua pihak di sebalik serangan itu yang turut membunuh tiga kanak-kanak dan 182 yang lain cedera.
Lebih 100 orang kekal di hospital, sebahagian daripada mereka dalam keadaan serius.
Rakaman video menunjukkan Putin yang kelihatan muram menyalakan lilin di sebuah gereja di kediamannya di luar Moscow pada petang semalam untuk menghormati mereka yang meninggal dunia.
Terdahulu, orang ramai meletakkan bunga di Dewan Bandaraya Crocus.
ISIS-K mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, tetapi Putin tidak menyebut secara terbuka kumpulan pemberontak berkaitan dengan penyerang yang katanya cuba melarikan diri ke Ukraine.
Dia berkata bahawa beberapa pihak Ukraine bersedia untuk memberi semangat kepada lelaki bersenjata merentasi sempadan negara mereka dalam kejadian Jumaat lalu.
Ukraine menafikan sebarang peranan dalam serangan itu.
Mahkamah Daerah Basmanny Moscow semalam mendakwa dua suspek melakukan tindakan keganasan berhubung serangan itu, menamakan mereka sebagai Dalerdzhon Barotovich Mirzoyev dan Saidakrami Murodali Rachabalizoda, menurut saluran Telegram rasmi mahkamah Moscow.
Ia berkata Mirzoyev, warga Tajikistan, mengaku bersalah atas semua pertuduhan dan mahkamah menahannya dalam tahanan pra-perbicaraan sehingga 22 Mei.
Serangan pada hari Jumaat lalu adalah yang paling maut di wilayah Russia sejak pengepungan sekolah Beslan 2004, apabila pemberontak menjadikan lebih 1,000 orang, termasuk ratusan kanak-kanak sebagai tebusan.
Dmitry Medvedev, timbalan pengerusi Majlis Keselamatan Russia berkata, Russia akan menyasarkan mereka yang berada di sebalik tembakan maut itu di mana pun mereka berasal dan siapa pun mereka.
Beliau sebelum ini bercakap tentang keperluan untuk bertemu mati dengan kematian dan beberapa penggubal undang-undang mula membincangkan sama ada hukuman mati perlu diperkenalkan semula untuk jenayah sedemikian.-CNA










