Perlis United FC gagal ke Liga Super

Perlis United FC gagal ke Liga Super

PERLIS United gagal beraksi di Liga Super 2024/2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat Perlis United FC (PUFC) untuk beraksi di Liga Super musim ini tidak kesampaian selepas pasukan itu tidak diberikan lesen kebangsaan oleh First Instance Body (FIB) susulan kegagalan memenuhi syarat tambahan yang diperlukan.

Perkara itu disahkan Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif dalam satu kenyataan sekali gus mengumumkan hanya 13 pasukan akan bersaing dalam saingan Liga Super bagi musim 2024/25.

Ini selepas FIB mendapati PUFC sudahpun gagal tiga daripada empat syarat itu dengan tidak mengemukakan sebarang dokumen seperti yang diminta dan melanggar semua tarikh akhir yang diberikan.

“FIB menetapkan syarat untuk memastikan semua usaha wajar kewangan diselesaikan sebelum mengeluarkan sebarang lesen kepada PUFC mengikut kriteria tambahan seperti bukti dana yang diterima dalam akaun PUFC berjumlah RM5 juta seperti dalam cek yang dikemukakan sebelum 9 Mac 2024.

“Pengisytiharan yang ditandatangani oleh pegawai dan pemain bahawa tiada hutang tertunggak pada 31 Disember 2023 sebelum 13 Mac 2024 dan bukti perjanjian penajaan yang dicop antara PUFC dan setiap satu daripada empat penaja berpotensi yang akan diserahkan sebelum 15 Mac 2024.

“Pembayaran dana tajaan pertama yang diterima oleh PUFC daripada penaja di atas berdasarkan syarat pembayaran tajaan sebelum 22 Mac 2024.

“Walaupun tarikh akhir penyerahan pada 22 Mac 2024 masih belum berakhir namun FIB mengesahkan bahawa PUFC sudahpun gagal tiga daripada empat syarat awal itu sekali gus FIB memutuskan untuk tidak memberikan lesen Liga Super 2024/25 kepada PUFC,” kata Sheikh Mohd Nasir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya