Kim Pan Gon janji kekal hingga kontrak tamat

Kim Pan Gon janji kekal hingga kontrak tamat

KIM PAN GON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon menegaskan beliau akan terus membimbing pasukan Harimau Malaya sehingga kontraknya berakhir pada 2025 kelak.

Jurulatih dari Korea Selatan itu menerusi satu kenyataan, menjelaskan beliau tidak menghantar apa-apa surat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menyatakan mahu meninggalkan skuad Harimau Malaya.

“Saya memberi jaminan kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bahawa misi saya bersama skuad Harimau Malaya belum berakhir dan saya tidak akan meninggalkan pasukan ini begitu sahaja.

“Misi utama saya untuk membawa Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak automatik ke Piala Asia 2027,” kata Pan Gon.

Terdahulu, beberapa media melaporkan barisan kejurulatihan Korea Selatan termasuk Pan Gon bersedia meninggalkan kem Harimau Malaya selepas tumbang dua kali berturut-turut menentang Oman yang menyaksikan Malaysia jatuh ke tangga ketiga Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Barisan kejurulatihan Korea Selatan itu, dipercayai bersedia untuk meninggalkan skuad kebangsaan sekiranya khidmat mereka tidak lagi diperlukan FAM.

Menurut sumber, barisan kejurulatihan Pan Gon telah menghantar surat kepada badan induk itu dan menuntut pampasan tiga bulan sekiranya FAM membuat keputusan untuk menamatkan khidmat mereka.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya