Kami Sempoi sediakan latihan buat pencipta kandungan TikTok - Utusan Malaysia

Kami Sempoi sediakan latihan buat pencipta kandungan TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Setelah dua tahun lebih beroperasi, KamiSempoi International Agency (KSIA) kini mampu berbangga kerana berjaya meraih pengiktirafan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara.

Ia sekaligus membantu mengukuhkan kedudukan mereka sebagai agensi lokal TikTok terbesar yang banyak melahirkan pencipta kandungan TikTok atau pempengaruh TikTok di aplikasi dan platform media sosial tersebut.

Selain itu, syarikat agensi lokal TikTok ini turut berjaya meluaskan empayar mereka di Singapura dan Indonesia dengan memiliki 1300 live host TikTok di Malaysia, 100 live host TikTok (Singapura) dan 550 live host TikTok (Indonesia) serta dinaungi 21 sub-agensi.

Menurut pengasasnya, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee, pihaknya berbesar hati membantu golongan pencipta kandungan TikTok dan percaya penyediaan kelas latihan adalah penting bagi pemantapan penghasilan bahan kandungan.

“Apa yang membezakan KSIA dengan agensi-agensi yang lain adalah kami tidak putus-putus mengadakan latihan kepada live host TikTok kami sama ada yang bernaung terus di bawah KSIA sendiri atau sub agensi kami.

“Kita menyediakan latihan ini secara percuma. Ada latihan yang KSIA sediakan dan ada pula yang disediakan oleh sub-agensi kami. Pendek kata, banyak ilmu mereka boleh mereka perolehi daripada sesi latihan ini supaya mereka boleh menarik ramai pengikut.

“ Pada masa yang sama mereka mampu menjadikan platform TikTok sebagai satu sumber pendapatan,” katanya pada Sidang Media KamiSempoi Golden Award 2024 dan perlantikan aktor Riezman Khuzaimi sebagai duta KSIA di Pavilion, Bukit Jalil baru-baru ini.

Selain itu, kata Chin Swee, latihan yang disediakan itu sangat penting kerana mereka mahu memastikan live host yang berada di bawah naungan KSIA benar-benar menghasilkan bahan hiburan yang menarik dan bermanfaat di platform tersebut.

“Kalau kita tonton di TikTok sejak akhir-akhir kebelakangan ini, kita akan dapat lihat ada pempengaruh atau Tiktokers yang menghasilkan bahan kandungan bersifat mengemis.

“Kalau boleh kita mahu elakkan live host TikTok kita daripada membuat konten sebegini. Jadi, kita kena selalu bimbing mereka serta membantu mereka memahami garis panduan yang sudah ditetapkan TikTok kerana garis panduan komuniti TikTok teramatlah ketat,”katanya.

Selain itu, kata Chin Swee, live host mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dan lapisan usia iaitu daripada selebriti, profesional, usahawan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya).

“Ada yang menjadi host live secara sambilan. Ada juga yang menjadikan ia sebagai kerjaya sepenuh masa mereka. Ada pula yang bermula sebagai host live secara sambilan tapi kemudian meninggalkan kerjaya profesional mereka dan menjadi host live sepenuh masa.

“Selalunya keadaan ini berlaku apabila mereka sudah mula nampak bahawa apa yang mereka lakukan ini boleh menjana pendapatan yang banyak,”katanya.

Kongsi Chin Swee lagi, KSIA juga memiliki lebih 30 orang selebriti sebagai host live TikTok dan antaranya adalah pelakon Riezman Khuzaimi atau lebih dikenali sebagai Abang Don, Nita Hamzah Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Nadia Musthapa serta Achong Sweetchild.

“Bagi live host TikTok golongan selebriti, selalunya kita bagi mereka kelonggaran untuk menterai latihan yang disediakan kerana kita amat memahami kesibukan dan komitmen mereka terhadap kerjaya seni mereka.

“Malah,kita juga berbangga kerana telah melantik aktor, Riezman Khuzaimi atau Abang Don sebagai duta KSIA.Ada beberapa artis yang berada di bawah sub-agensi Riezman. Misalnya, Nita Hamzah yang juga antara live host TikTok KSIA yang aktif.

“Menariknya mengenai KSIA, kini turut menawarkan peluang kepada hos-hos yang berjaya untuk membuka perniagaan bersama dan kebanyakan sub-agensi kami, memang terdiri daripada live hos TikTok,” katanya.

Sementara itu, Riezman pula berkata, pemilihannya sebagai duta KSIA adalah satu penghormatan dan tugasnya adalah untuk membantu menjayakan kempen dan menggerakkan lagi beberapa aktiviti yang dijalankan KSIA.

“Insya-Allah, sudah ada perancangan bagi KSIA untuk membuat jelajah bergerak di beberapa tempat nanti,” katanya.

Untuk info, KSIA turut menganjurkan Kami Sempoi Golden Award 2023 untuk memberikan pengiktirafan kepada live host TikTok dan sub-agensi mereka yang selama ini turut membantu menaikkan nama serta kedudukan KSIA sebagai syarikat agensi lokal TikTok berpengaruh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya