Kerajaan Terengganu digesa isytihar jumlah simpanan royalti minyak - Utusan Malaysia

Kerajaan Terengganu digesa isytihar jumlah simpanan royalti minyak

AZAN Ismail (dua dari kiri) ketika mengadakan sidang akhbar di pejabat PKR Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu digesa segera mengisytiharkan jumlah simpanan terkumpul royalti minyak yang diterima sejak tahun 1978.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Terengganu, Azan Ismail berkata, kerajaan negeri perlu bersikap telus dalam mendedahkan maklumat berkaitan perkara itu.

Menurutnya, mengikut peraturan dan undang-undang, DUN Terengganu mensyaratkan supaya mestilah ada simpanan RM100 juta daripada penerimaan hasil petroleum dan minyak setiap tahun.

Katanya, jumlah simpanan tersebut kini terkumpul lebih RM4 billion sekiranya syarat tersebut dipatuhi.

“Namun, saya bimbang apakah wujud lagi jumlah itu kerana kerajaan negeri ambil masa terlalu lama untuk buat pengumuman mengenai jumlah simpanan royalti,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Azan memberitahu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini juga berjanji akan bersikap telus dan mendedahkan maklumat mengenai royalti minyak di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada empat tahun lalu.

“Sehingga ke hari ini, masih tiada sebarang pengumuman dibuat berkaitan jumlah terkumpul royalti minyak tersebut.

“Pendedahan mengenainya sangat penting kerana rakyat Terengganu berhak mengetahui kedudukan simpanan royalti,” ujarnya.

Baru-baru ini, Ahmad Samsuri dilaporkan. berkata, sehingga kini masih terdapat tunggakan sekitar RM600 juta wang royalti yang belum dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Terengganu bagi tahun 2023.

Menurutnya, tindakan Kerajaan Pusat menyekat dana tersebut menyebabkan pelbagai projek dan perancangan di negeri itu tergendala sekali gus memberi tekanan kepada rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN