Isu gaji selesai, KL City mula buat persiapan

Isu gaji selesai, KL City mula buat persiapan

MIROSLAV KULJANAC -IHSAN KL CITY FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City FC (KL City FC) sudah mula melakukan kempen pra musim Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2024-2025 selepas menerima pengesahan rasmi mengenai pelunasan tunggakan sepenuhnya sebelum akhir Mac 2024.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, KL City FC memaklumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bahawa persiapan pra musim hanya dilakukan selepas mendapat kepastian rasmi mengenai pelunasan tunggakan gaji sepenuhnya yang perlu dibuat sebelum 29 Mac ini.

“Dengan kepastian yang diterima ini, barisan pemain, jurulatih dan staf KL City FC membuka lembaran baharu untuk turun ke gelanggang pra musim.

“Langkah akauntabiliti ini diambil bagi memastikan kelab bersedia menghadapi cabaran musim baru dengan langkah kanan dan pada masa sama mengekalkan kestabilan, berdaya saing dan mampan daripada segi kewangan.

“Pengurusan kelab juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada penaung KL City FC, Fahmi Fadzil, Menteri Wilayah, Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Sr Kamarulzaman Mat Salleh atas sokongan dan keprihatinan mereka terhadap kelestarian dan kemajuan berterusan KL City FC,” kata kelab itu.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan kelab dari Lembah Klang itu telah menerima jaminan daripada penaungnya, Fahmi untuk menyelesaikan kes tunggakan gaji mengikut tempoh yang diberikan oleh MFL.

Dalam pada itu, KL City FC turut mengumumkan Miroslav Kuljanac sebagai ketua jurulatih baharu menggantikan Nenad Bacina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN