Emirati Nora, wanita Arab pertama lulus program latihan NASA

Emirati Nora, wanita Arab pertama lulus program latihan NASA

EMIRATI NORA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Angkasawan, Emirati Nora AlMatrooshi menjadi wanita Arab pertama yang lulus dari program latihan Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) dan bersedia untuk meluncur ke kosmos.

Berkongsi kisah kejayaan itu, Emirati Nora, 30, mengimbas kembali pelajaran di sekolah rendahnya tentang ruang di mana gurunya membuat simulasi perjalanan ke permukaan bulan, lengkap dengan pakaian angkasa seni dan kraf serta khemah untuk kapal roket.

“Kami keluar dari khemah dan kami melihat bahawa dia (guru) menutup lampu di dalam kelas. Segala-galanya ditutup dengan kain kelabu dan dia memberitahu kami bahawa kami berada di permukaan bulan.

“Hari itu terngiang-ngiang sehingga kini dan ia melekat pada saya. Ini menakjubkan. Saya sebenarnya mahu melakukan ini secara nyata, saya mahu benar-benar sampai ke permukaan bulan dan ketika itulah segalanya bermula,” katanya kepada AFP.

Emirati Nora, seorang jurutera mekanikal yang pernah bekerja dalam industri minyak merupakan satu daripada dua calon angkasawan yang dipilih oleh Agensi Angkasa Emiriah Arab Bersatu (UAESA) pada 2021 untuk mendaftar dalam program latihan dengan agensi angkasa lepas AS NASA.

Kini, selepas dua tahun bekerja keras termasuk berlatih spacewalk, Emirati Nora dan rakannya, Emirati Mohammad AlMulla dan 10 yang lain adalah angkasawan yang berkelayakan sepenuhnya.

Kumpulan itu yang dikenali sebagai ‘The Flies’ kini layak untuk misi NASA ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), malah, boleh terbang ke Marikh.

Walaupun Emirati Nora adalah yang pertama lulus dari NASA, wanita Arab lain pernah menyertai misi angkasa lepas persendirian termasuk penyelidik bioperubatan Saudi, Rayyanah Barnawi yang terbang dengan Axiom Space ke ISS tahun lepas dan jurutera Mesir-Lubnan Sara Sabry, salah seorang kru dalam penerbangan suborbital Blue Origin 2022.

Beliau yang memakai tudung sebagai sebahagian daripada kepercayaan Islamnya, menjelaskan bahawa NASA membangunkan strategi untuk membolehkannya menutup rambutnya sambil memakai sut angkasa putih dan topi keledar ikonik agensi itu yang dikenali secara rasmi sebagai Unit Mobiliti Ekstravehikular atau EMU.

“Sebaik sahaja anda masuk ke EMU, anda memakai topi (komunikasi) (dilengkapi dengan mikrofon dan pembesar suara), yang menutup rambut anda,” katanya.

NASA merancang untuk mengembalikan manusia ke permukaan Bulan pada 2026 untuk misi Artemis 3.

“Saya rasa menjadi seorang angkasawan adalah sukar, tidak kira apa agama anda atau latar belakang anda.

“Saya tidak fikir menjadi seorang Islam menjadikannya lebih sukar. Tetapi menjadi seorang Islam menyedarkan saya tentang sumbangan nenek moyang saya, para ulama dan saintis Islam sebelum saya yang mengkaji bintang.

“Saya menjadi seorang angkasawan hanya membina warisan daripada apa yang mereka mulakan beribu-ribu tahun yang lalu,” katanya kepada AFP.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN