ALOR SETAR: Kerajaan negeri berhasrat untuk membina lebih banyak rumah bertingkat seperti flat atau pangsapuri untuk penduduk miskin di bandar bagi mengatasi kekurangan kediaman dalam kalangan golongan berkenaan. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kediaman seperti itu juga akan ditumpukan di bandar utama seperti Alor Setar, Sungai Petani, Kubang Pasu dan Kulim. Katanya, langkah itu juga dilihat mampu menyelesaikan isu kekurangan tanah untuk dibangunkan di kawasan bandar…










