Bank Ethiopia alami gangguan, rugi RM186 juta - Utusan Malaysia

Bank Ethiopia alami gangguan, rugi RM186 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADDIS ABABA: Bank komersial terbesar di Ethiopia berdepan cabaran menuntut semula wang yang dikeluarkan oleh pelanggan yang bukan milik mereka selepas sistem perbankan itu mengalami gangguan sistem. 

BBC melaporkan gangguan tersebut menyebabkan berlaku transaksi atau pemindahan wang ke akaun bank lain melebihi 31 juta pound sterling (RM186 juta). 

Insiden kecuaian itu menyebabkan pihak bank terpaksa mengambil masa selama beberapa jam bagi membekukan sebarang transaksi. 

Bagaimanapun, Presiden Commercial Bank of Ethiopia (CBE), Abe Sano berkata, jumlah kerugian yang ditanggung adalah lebih kecil berbanding jumlah aset dimiliki bank.   

Beliau turut menafikan pihak bank menjadi mangsa serangan siber dan pelanggan tidak perlu bimbang kerana akaun peribadi mereka masih kekal selamat. 

Jelasnya, pelanggan mula menyedari mereka boleh mengeluarkan wang tunai melebihi daripada jumlah baki akaun sendiri, sejak Sabtu lalu.

“Kebanyakan wang tersebut dikeluarkan oleh golongan pelajar selepas berita mengenai gangguan sistem tersebar ke universiti menerusi kiriman mesej dan panggilan telefon. 

“Situasi itu menyebabkan ramai pelajar sanggup beratur panjang di depan mesin pengeluaran wang automatik (ATM),” katanya. 

Susulan insiden itu, Bank Pusat Ethiopia yang bertindak sebagai badan induk sektor kewangan negara mengeluarkan kenyataan rasmi yang menjelaskan kesilapan berlaku semasa aktiviti penyelenggaraan dan pemeriksaan sistem. 

Tiga universiti menasihatkan pelajar mereka agar memulangkan wang yang bukan milik mereka daripada akaun CBE. 

Individu yang memulangkan semula wang itu juga tidak akan didakwa dengan sebarang kesalahan jenayah.

CBE yang ditubuhkan sejak 82 tahun lalu, mempunyai pemegang akaun melebihi 38 juta orang. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya