RANTAU PANJANG: Insiden letupan bom yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand tengah malam tadi turut dirasai oleh penduduk di sini.
Insiden tersebut dipercayai berlaku pada pukul 12.30 tengah malam waktu Thailand.
Seorang penduduk yang mahu dikenali San, 55, berkata, semasa kejadian dia dan keluarga sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan bom.
“Pada sama sama, saya turut merasai gegaran letupan tersebut walaupun walaupun jaraknya agak jauh dari lokasi kejadian.
“Disebabkan keadaan malam yang sunyi, insiden berbalas-balas tembakan turut didengari dengan jelas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
San memberitahu, sepanjang tempoh itu dia hanya mampu berdoa semoga tiada kejadian buruk berlaku.
Katanya, susulan letupan berberapa pangkalan haram yang di terdapat sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang ditutup buat sementara waktu.
“Pagi ini saya lihat ramai penduduk tidak dapat melakukan urusan mereka,” ujarnya.
Sebelum itu, tukar klip video berkait insiden letupan dan berbalas-balas tembakan selepas ia dimuat baik oleh penduduk tempatan menerusi laman sosial Facebook.-UTUSAN










