Azizulhasni, Shah Firdaus abaikan Kejohanan UCI demi Olimpik

Azizulhasni, Shah Firdaus abaikan Kejohanan UCI demi Olimpik

Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan menambah seri saingan Kejohanan Trek Piala Dunia .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom tidak akan menyertai Kejohanan Trek Piala Negara-Negara (UCI) 2024 di Milton, Kanada pada 12 hingga 14 April ini.

Ketua Jurulatih basikal trek kebangsaan, John Beasley berkata, keputusan itu diambil bagi  memberi laluan kepada dua pelumba sandaran negara itu untuk menumpukan latihan berintensiti tinggi di Melbourne, Australia.

Biarpun tidak menyertai UCI 2024 itu, Azizulhasni dan Shah Firdaus diberi jaminan mendapat tempat di Sukan Olimpik Paris walaupun terlepas kejohanan berkenaan yang menawarkan mata kelayakan ke sukan berprestij itu.

Beasley berkata, latihan intensiti tinggi di Melbourne itu turut disertai dua pelumba muda negara iaitu Ridwan Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang turut berada di Australia sejak minggu lalu.

“Mereka (semua empat pelumba) sedang menjalani latihan berintensiti tinggi di Australia selama empat minggu atau sebulan.

“Saya hanya akan membawa Izzah bertanding di UCI untuk cuba mendapatkan namanya berada di Paris nanti.

“Selepas latihan di Melbourne berakhir, mereka akan kembali ke tanah air untuk satu lagi fasa latihan sebelum ke Eropah sebagai persiapan terakhir ke Paris,” katanya.

Terdahulu, Azizulhasni terlepas di UCI Hong Kong untuk memberi laluan menumpukan latihannya menjelang Olimpik, dua minggu lalu.

Pelumba berusia 36 tahun itu membuktikan beliau berada di landasan yang baik untuk ke Paris selepas memenangi acara keirin dan menduduki tempat keempat dalam acara pecut di UCI Australia bulan lalu walaupun bergelut dengan perikarditis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN