Arsenal berpesta gol

Arsenal berpesta gol

PEMAIN-Pemain Arsenal meraikan jaringan ketika berdepan Sheffield United semalam.-IHSAN FB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHEFFIELD: Arsenal meneruskan perburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila skuad kendalian Mikel Arteta itu membelasah Sheffield United 6-0 dalam aksi liga awal pagi tadi.

The Gunners tidak menunggu lama untuk merobek gawang tuan rumah menerusi jaringan Martin Odegaard pada minit kelima permainan sebelum Jayden Bogle melakukan jaringan sendiri pada minit ke-13. Gabriel Martinelli mengukuhkan kedudukan selang dua minit kemudian sebelum Kai Havert menjaringkan gol keempat pada minit ke-25.

Enam minit sebelum rehat Declan Rice meledak jaringan kelima permainan sebelum Ben White menjaringkan gol keenam pada minit ke-58.

Kemenangan itu juga menyaksikan skuad kendalian Arteta berpeluang untuk merampas kedudukan teratas liga jika memperoleh tiga mata penuh di laman sendiri menentang Brentford Sabtu ini menjelang pertemuan Liverpool dan City di Anfield sehari kemudian.

“Saya suka dengan cara pasukan bermain. Kualiti permainan dan tahap agresif yang kami pamerkan sejak awal. Kami perlu terus mengekalkan aksi konsisten kami,” kata Arteta.

Arsenal kekal di tangga ketiga, dua mata di belakang pendahulu Liverpool dan ketinggalan satu mata di belakang juara bertahan City.

“Apabila kami memegang bola, mood kami sangat baik hari ini. Mencipta banyak peluang, menjaringkan gol lebih awal adalah satu persembahan yang bagus,” kata kapten Arsenal, Odegaard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN