BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra tiba di rumahnya di Bangkok selepas dibebaskan dengan parol dan menjalani hukuman penjara selama enam bulan di hospital dan 15 tahun berada dalam buangan. Jutawan kontroversi itu, dua kali dipilih sebagai Perdana Menteri dan digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006, dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Tetapi hukumannya dipotong setahun oleh Raja Maha Vajiralongkorn minggu lalu…










