Maldives berisiko dibelenggu masalah hutang dari China -IMF

Maldives berisiko dibelenggu hutang dari China -IMF

PULAU Thilafushi di Maldives.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Maldives yang banyak meminjam dari China dilaporkan berisiko tinggi dibelenggu masalah hutang.

Menurut Tabung  Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Beijing dikatakan menjanjikan lebih banyak pembiayaan untuk Maldives sejak Presiden pro-China, Mohamed Muizzu mengambil alih kuasa kerajaan pada November tahun lalu.

Kata IMF, pihaknya tidak memberikan butiran mengenai hutang luar negara Maldives tetapi berkata terdapat keperluan untuk negara itu melakukan pelarasan dasar segera.

“Tanpa perubahan dasar yang ketara, defisit fiskal keseluruhan dan hutang awam diunjurkan kekal tinggi.

“Maldives kekal berisiko tinggi menghadapi masalah hutang luaran dan keseluruhan,”  kata IMF selepas melakukan kajian semula ekonomi negara.

Kepulauan itu yang terkenal dengan pantai pasir putihnya dan di mana pelancongan menyumbang hampir satu pertiga daripada ekonomi, pulih dari segi ekonomi daripada pandemik Covid-19.

Negara itu dilaporkan sedang melakukan pengembangan lapangan terbang dan peningkatan pembinaan dalam industri perhotelan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Bagaimanapun, IMF berkata, ketidakpastian prospek kekal tinggi dan berisiko. 

Sebelum ini, bekas Presiden Maldives, Abdulla Yameen yang memerintah selama lima tahun sehingga 2018, meminjam banyak dari Beijing untuk projek pembinaan.

Tindakan itu menyebabkan Maldives berhutang 42 peratus lebih daripada AS$3 bilion (RM14.3 bilion) hutang asing kepada China pada 2021, menurut Bank Dunia, memetik Kementerian Kewangan Maldives. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN