BALING: Seorang pekerja am kontraktor pembersihan di sebuah sekolah, di sini maut selepas digilis sebuah kereta dalam kejadian di Simpang Tiga Kuala Pegang di Jalan Kulim-Baling-Gerik, di sini hari ini. Dalam nahas pada pukul 7.27 pagi itu, mangsa, Noriza Aziz, 39, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Vario dan dua kereta…










