Bali kenakan cukai AS$10 kepada pelancong asing bermula hari ini

Bali kenakan cukai AS$10 kepada pelancong asing bermula hari ini

Anggota masyarakat Hindu pulang dari upacara di pantai di daerah Kerobokan di pulau peranginan Bali, Indonesia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENPASAR: Syurga peranginan Indonesia, Bali mula mengenakan cukai 150,000 rupiah (AS$10 atau RM47.84) ke atas setiap pelancong yang tiba di kepulauan itu hari ini sebagai langkah  mengekalkan dan melindungi budaya “Pulau Dewa”.

Pemangku Gabenor Bali, Sang Made Mahendra Jaya berkata, Bali yang bergantung kepada pelancong menarik berjuta-juta pelawat asing setiap tahun.

“Levi ini bertujuan untuk melindungi budaya dan alam sekitar di Bali,” katanya pada majlis pelancaran pelaksanaan kutipan levi itu har ini.

Yuran itu perlu dibayar secara elektronik melalui portal dalam talian “Love Bali” dan akan dikenakan kepada pelancong asing yang memasuki Bali dari luar negara atau dari bahagian lain di Indonesia.

Levi tidak akan dikenakan kepada pelancong domestik Indonesia.

Hampir 4.8 juta pelancong melawat Bali antara Januari dan November tahun lalu, menurut angka rasmi, ketika pulau itu terus pulih daripada wabak Covid-19.

Pihak berkuasa Bali berikrar tindakan keras akan dikenakan terhadap pelancong yang tidak berkelakuan baik selepas beberapa insiden termasuk perbuatan tidak menghormati budaya pulau yang kebanyakannya beragama Hindu.

Beberapa insiden berlaku beberapa tahun kebelakangan ini termasuk pelancong asing yang bergambar telanjang di tapak suci.

Tahun lalu, kerajaan tempatan menerbitkan panduan etika untuk pelancong yang ingin melawat Bali selepas didesak oleh pejabat imigresen pulau itu. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×