PORT MORESBY: Seramai 64 orang terbunuh dalam keganasan puak di tanah tinggi Papua New Guinea yang dikaitkan dengan pertelingkahan berlarutan di rantau itu. Pesuruhjaya Polis, David Manning berkata, pegawai dan askar berjaya mendapatkan mayat semua 64 lelaki tersebut. Menurut Manning, mereka dipercayai dibunuh berhampiran bandar Wabag, 600 kilometer barat laut ibu kota Port Moresby. Jelasnya, keadaan sebenar kematian itu tidak jelas, tetapi terdapat laporan mengenai tembakan di kawasan itu. “Insiden…










