Perkemas akta antilompat parti, tidak perlu akta baharu

Perkemas akta antilompat parti, tidak perlu akta baharu

KERAJAAN perlu membawa isu kelompongan akta antilompat parti ke Parlimen untuk diselesaikan tanpa perlu membentangkan undang-undang baharu jika mahu menjamin kerajaan yang stabil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu menyelesaikan isu kelompongan dalam Akta Anti Lompat Parti berbanding menggubal undang-undang baharu berkaitan penggal tetap Parlimen.

Isu kelompongan itu dilihat lebih berkesan jika memperuntukkan semua ahli Parlimen yang ingkar arahan parti dan tidak mengikut arahan ketua whip sebagai keluar parti dan berlaku kekosongan kerusi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Jamaie Hamil berkata, peruntukan larangan mengalih soko­ngan cukup untuk memastikan kerajaan mampu meneruskan pentadbiran tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

KELONGGARAN

“Sudah tentu akta antilompat parti ini mesti diperkemas ke­rana masih ada kelonggaran di dalamnya yang menyaksikan ahli Parlimen masih boleh bera­lih sokongan tanpa perlu melompat parti.

“Tetapi, saya tidak fikir isu kelompongan ini boleh dibentangkan atau diselesaikan dalam mesyuarat Dewan Rakyat bulan sebab menteri undang-undang harus menelitinya dengan lebih mendalam dan dibawa ke pe­ringkat jawatankuasa.

“Jika kerajaan berasa terancam sehingga ada provokasi menumbangkan kerajaan, ma­­cam mana mahu pastikan kerajaan sedia ada itu kekal memerintah? Seandainya akta lompat parti ini dikemas kini, saya tidak fikir akan ada lagi ahli Parlimen berani beralih sokongan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan, Majlis Bekas Wakil Rakyat menyarankan supaya kerajaan memperketat akta antilompat parti berbanding mewujudkan RUU baharu berkaitan penggal tetap Parlimen.

Ia bagi mengekang sebarang cubaan menukar kerajaan walaupun akta itu sudah diwartakan.

Pada November tahun lalu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa supaya undang-undang antilompat parti dikaji semula kerana berpandangan terdapat kelemahan susulan beberapa ahli Parlimen parti itu menyokong perdana menteri namun kekal bersama parti.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tindakan Perikatan Nasional (PN) menolak draf awal undang-undang antilompat parti berhubung elemen ahli Parlimen yang ingkar arahan parti dan ketua whip dianggap sebagai keluar parti dan berlaku kekosongan kerusi, dilihat ‘memakan diri’ parti itu.

Baru-baru ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadang supaya RUU penetapan penggal Parlimen digubal supaya pembentukan kerajaan kekal hingga akhir penggal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×