Penampilan pertama di Piala Asia, Tajikistan mara ke suku akhir

Penampilan pertama di Piala Asia, Tajikistan mara ke suku akhir

PEMAIN Tajikistan meraikan kemenangan bersama jurulatih Petar Segrt selepas menundukkan UAE pada pusingan 16 terakhir Piala Asia di Stadium Ahmad bin Ali di Al-Rayyan, Qatar awal pagi tadi. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Meskipun tiada pengalaman beraksi di Piala Asia dan 2023 merupakan penampilan pertama namun ia tidak menghalang Tajikistan untuk terus ‘bernyawa’ dalam kejohanan berprestij Asia itu.

Kemenangan dramatik 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal pagi tadi, melayakkan skuad kendalian Petar Segrt ke suku akhir.

Jaringan Alisher Shukurov dengan menyempurnakan sepakan penalti terakhir di Doha, membantu negara Asia Tengah itu yang menghuni ranking ke-106 dunia mara bertemu sama ada Jordan atau juara 2007, Iraq di peringkat lapan terakhir.

Penjaga gol Tajikistan, Rustam Yatimov muncul wira pasukan selepas menyelamatkan sepakan penalti kedua UAE yang diambil oleh Caio Canedo.

Pada aksi itu, Vakhdat Khanonov menanduk masuk pada minit ke-30 untuk meletakkan Tajikistan mendahului, namun ketika mereka diambang kemenangan namun pertahanan UAE,Khalifa Al-Hammadi menyamakan kedudukan pada minit ke-95 untuk mengheret pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

“Skuad kami tiada had, tiada siapa tahu sejauh mana kami mampu pergi,” kata Segrt.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN