Negeri Sembilan sedia jadi pasukan pengacau

Negeri Sembilan sedia jadi pasukan pengacau

PASUKAN Sepak Takraw Negeri Sembilan sedia memberi saingan sengit di Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Negeri Sembilan tidak gentar biarpun diletakkan dalam kumpulan maut di Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah dari 22 hingga 28 Januari depan sambil meletakkan sasaran tinggi mara ke separuh akhir.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (Pestans), Wan Mohd Husni Abdullah mengakui jika dibandingkan empat pasukan lain seperti Perak, Terengganu, Melaka, dan Pulau Pinang yang berada dalam Kumpulan D, pasukannya bukanlah pilihan.

Namun, Wan Mohd Husni merasakan situasi itu akan memberi kelebihan kepada pasukannya tatkala segala tekanan dan tumpuan bakal diberikan kepada empat pasukan tersebut dalam Kumpulan D.

“Saya suka dengan cabaran yang bakal kami terima dalam pasukan ini. Saya tidak anggap ini kumpulan maut sebaliknya ini adalah himpunan pasukan-pasukan elit dalam STL (Liga Sepak Takraw) yang akan bersaing untuk Piala Emas Khir Johari kali ini.

“Tidak seperti pasukan lain yang berbelanja besar, kami masih menggunakan senarai pemain yang sama ketika kami bersaing di Piala Tun Ali November lalu.

“Walaupun cabaran akan menjadi sengit, saya meletakkan sasaran buat pasukan saya untuk mencipta kejutan mara sehingga ke peringkat separuh akhir,” jelas Wan Mohd Husni kepada Utusan Malaysia semalam.

Menariknya untuk edisi kali ini, Pestans bersetuju untuk melantik bekas pemain kebangsaan dan Negeri Sembilan, Syazreen Qamar Salehan menjadi jurutih untuk mengemudi pasukan itu bersama Shahir Nasrudin pada tahun ini.

Kali terakhir Negeri Sembilan berjaya muncul juara Piala Emas Khir Johari adalah 25 tahun lalu ketika edisi 1999.

Edisi 2022 menyaksikan perjalanan Negeri Sembilan terhenti di peringkat suku akhir di tangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya