Mbappe milik Real Madrid, Liverpool berputih mata

Mbappe milik Real Madrid, Liverpool berputih mata

KYLIAN Mbappe semakin hampir menyertai Real Madrid musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Liverpool terpaksa berputih mata selepas Kylian Mbappe difahamkan telah mencapai persetujuan untuk menyertai Real Madrid secara percuma pada musim panas ini.

Bintang Perancis itu sebelum ini telah berunding dengan kelab gergasi Sepanyol itu namun berakhir dengan kegagalan pada 18 bulan lalu untuk ke Santiago Bernabeu.

Menurut laporan Foot Mercato, Mbappe akan menyertai Los Blancos selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan beberapa hari lalu dan menyerahkan masa depannya kepada gergasi LaLiga itu selepas enggan melanjutkan kontraknya di Paris Saint-Germain (PSG).

Bagaimanapun, laporan menyatakan pakej kewangan yang ditawarkan daripada Madrid adalah lebih rendah daripada yang dibentangkan kepada bintang berusia 25 tahun itu semasa rundingan pada 2022.

Bercakap selepas kemenangan PSG ke atas Toulouse FC, Mbappe bertegas dia masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya namun, dia kini dikatakan bersetuju untuk menyertai Madrid musim depan.

Mbappe bebas untuk berunding dengan kelab lain mulai 1 Januari kerana dia secara rasmi memasuki enam bulan terakhir kontrak di PSG.

Oleh itu, Real Madrid mula berunding dengan pemain berusia 25 tahun itu tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, laporan di Le Parisien sebelum ini meletakkan Liverpool adalah, kelab yang bakal mendapatkan Mbappe.

Mbappe mempunyai pilihan kontrak untuk melanjutkan kontraknya di PSG sehingga 2025, klausa yang hanya dia boleh aktifkan.

Bagaimanapun, nampaknya Real Madrid adalah pilihan yang lebih menarik untuk bintang muda itu.

Dalam masa sama, Mbappe juga sedang berusaha untuk meraih anugerah pasukan dan individu, bermakna dia mungkin mengikuti proses pemikiran yang sama dengan pemain England, Jude Bellingham.

Bellingham mendedahkan bahawa prestij Real Madrid, dibina atas 14 kemenangan Liga Juara-Juara dan rekod 35 gelaran La Liga, merupakan faktor kukuh mengapa dia menyertai kelab itu pada musim panas walaupun dia akan memperoleh pendapatan lebih banyak di Manchester City.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya