Kebakaran hampir musnahkan makmal komputer USM  - Utusan Malaysia

Kebakaran hampir musnahkan makmal komputer USM 

KEJADIAN kebakaran melibatkan sebuah bilik makmal komputer di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal, Pulau Pinang, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NIBONG TEBAL: Sebuah bilik makmal komputer di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hampir musnah dalam kejadian kebakaran pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.10 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya, selain anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal, operasi memadam kebakaran itu turut dibantu anggota bomba daripada BBP Sungai Bakap.

KEJADIAN kebakaran melibatkan sebuah bilik makmal komputer di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal, Pulau Pinang, pagi tadi.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, didapati terdapat kebakaran melibatkan sebuah bilik makmal komputer dengan anggaran keluasan bangunan kira-kira 30 x 30 kaki persegi (kps).

“Anggaran peratusan kemusnahan akibat kebakaran pada masa ini ialah 60 peratus dan kebakaran bagaimanapun berjaya dikawal kira-kira pukul 10.41 pagi,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, tiada mangsa terlibat dalam kebakaran itu dan ketika ini, kerja-kerja pengawalan serta pemadaman masih giat dilakukan.

Punca kejadian dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya